Berita Hari Ini

PBB Adakan Sidang Tergempar Khamis

PERTUBUHAN BANGSA BERSATU – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu akan mengadakan sidang tergempar khas pada Khamis, selepas Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya terhadap resolusi yang dicadangkan Mesir, supaya negara itu menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut sumber, utusan PBB ke Palestin, Riyad Mansour juga berharap, pada Perhimpunan Agung itu nanti turut diadakan undian mengenai draf resolusi bagi menarik balik pengisytiharan oleh Presiden AS Donald Trump, lapor agensi berita Xinhua lapor Bernama.

AS pada Isnin menggunakan kuasa vetonya ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan mengenai status Baitulmaqdis.

Semua 14 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong draf berkenaan, namun sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan, AS mempunyai kuasa veto sekaligus draf berkenaan tidak boleh diterima pakai.

Jelas sumber lagi, Mansour dan beberapa pegawai negara Arab dikatakan telah bertemu dengan Presiden UNGA, Miroslav Lajcak berhubung isu tersebut.

Presiden Trump pada 6 Disember, mengumumkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, yang mencetuskan bantahan di seluruh Timur Tengah, Eropah dan lain-lain negara.

Di bawah Resolusi 377 PBB, Perhimpunan Agung boleh memanggil sidang tergempar untuk mempertimbangkan sesuatu perkara “dengan tujuan membuat saranan sewajarnya kepada anggota sebagai langkah kolektif,” jika Majlis Keselamatan gagal bertindak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");