Berita Hari Ini

Pekerja Disuruh Tampar Rakan Untuk Erat Silaturahim

JIANGXI – CHINA. Sebuah rakaman yang menunjukkan aksi pekerja sebuah salun kecantikan menampar sesama sendiri tular dan pekerja mendakwa ia sebahagian dari aktiviti untuk ‘erat silaturrahim’.

Video berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial di China Ahad lepas menunjukkan kira-kira 12 pekerja melutut di atas pentas berhadapan ‘pasangan’ masing-masing dan menampar mereka.

Agensi SCMP mengatakan ‘acara’ tersebut diadakan di Nanchang, Jiangxi untuk meraikan ulang tahun ke-14 salun kecantikan Jinhuayuan lapor Sinar Harian.

Seorang pekerja yang berjaya ditemuramah mengatakan aktiviti berkenaan ‘bagus untuk mengeratkan semangat berpasukan’.

Rakaman tersebut bukanlah yang pertama menyiarkan aktiviti-aktiviti pelik syarikat yang diadakan semata-mata untuk ‘motivasi’.

Pada 2016, jurujual dari sebuah syarikat di Jilin dipaksa merangkak melalui jalan yang sibuk kerana gagal mencapai sasaran jualan.

Pada 2015 pula, pekerja sementara di sebuah syarikat makanan di Jiangxu dipaksa meminum air dari mangkuk tandas yang mereka bersihkan untuk memastikan ianya ‘benar-benar bersih’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");