Membawang Hari Ini

Pelakon Suara Scooby Doo Meninggal Dunia

KARTUN animasi kegemaran ramai, Scooby Doo kehilangan salah seorang pelakon suara latarnya, yang meninggal dunia 30 November lalu lapor BBC.

Heather North, membawakan suara Daphne dalam animasi tersebut meninggal dunia di sisi keluarga pada usia 71 tahun di rumahnya kerana telah lama sakit dipetik dari Sinar Harian.

North debut pada tahun 1970 merupakan pelakon kedua yang menyumbangkan suaranya untuk watak Daphne selepas Stefanianna Christopherson dalam animasi tersebut termasuk siri-siri Scooby Doo lain iaitu Scrappy Doo dan The Mysteries of New Scooby Doo, ditayangkang pada tahun 1984.

Selain itu, watak lain yang dibawakan North termasuklah sebagai teman wanita Kurt Russel di Disney’s The Barefoot dan Days of Our Lives sebagai Sandy Horton.

North kemudiannya berkahwin dengan produser, Wes Kenney pada tahun 1971 hingga saat kematiannya pada tahun 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");