Panasnya Hari Ini

Pemberi Rasuah Juga Perlu Dihukum- TPM

“Siasat dan hukum sekali pemberi rasuah, jangan hanya penerima sahaja diambil tindakan”

Demikian tegas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Millenials Empowerment Summit 2017 disini, hari ini.

Menurut Zahid, golongan pemberi rasuah dilihat seringkali terlepas dari disiasat dan dihukum oleh pihak SPRM sedangkan mereka juga terlibat sama dalam jenayah terbabit.

“Bagi saya, ‘tidak ada yang menerima jika tidak ada yang memberi’ dan sekarang ini amat jarang sekali kita dengar pemberi rasuah dibawa ke muka pengadilan sedangkan mereka yang memulakan jenayah ini.

“Saya yakin SPRM juga akan melihat aspek pemberian rasuah yang sering terlepas pandang.

Zahid menambah, kerajaan mencadangkan agar SPRM turut melihat dari segi keterlibatan sektor swasta, badan badan koporat dan juga pelbagai individu terutamanya para usahawan dalam gejala rasuah.

Katanya, sindrom pemberian rasuah untuk ‘memperlicinkan’ urus niaga, mempermudahkan perolehan kerja-kerja yang ditawarkan serta mendahulukan sesuatu yang tidak patut seringkali melibatkan sektor swasta dan badan korporat.

“Kita harus lihat bahawa hubung kait antara pemberi dan penerima dan juga penyalah gunaan kuasa yang dilakukan pegawai-pegawai.

“Hanya kerana ingin didahulukan atau mendapatkan sesuatu, pemberi rasuah sanggup menyogok daripada pegawai atasan sehingga kakitangan bawahan”

“Jadi sebab itu kita katakana rasuah adalah satu jenayah, ianya bukan hanya merosakkan sistem pentadbiran kerajaan, malah merosakkan juga imej swasta.

Justeru jelas beliau, adalah tidak adil jika siasatan dakwaan dan juga hukuman hanya dikenakan pada penerima.

“Saya tidak nafikan ada juga pemberi menerima hukuman tetapi kita jarang dengar perkara itu.

“Biasanya yang memberi tetapi tidak dapat pulangan yang dikehendaki sebab itu, mereka membuat laporan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");