Berita Hari Ini

Pencabulan Hak Islam Dan Kristian

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mesti mempertimbangkan semula keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Wisma Putra berpendapat, pengiktirafan itu atau usaha memindahkan kedutaan ke bandar berkenaan sebagai kekerasan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

Dalam kenyataan di sini hari ini, katanya, pengiktirafan berkenaan itu juga satu pencabulan kepada hak orang Islam dan Kristian.

“Keputusan itu sekali gus menamatkan usaha mencari penyelesaian kepada isu Palestin.

“Ini akan membawa kesan yang serius bukan saja terhadap keselamatan dan kestabilan rantau itu, tetapi juga membangkitkan kemarahan dan menyukarkan usaha memerangi keganasan,” katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia berpegang kepada pendapat isu Baitulmaqdis ialah perjuangan utama rakyat Palestin dan meminta semua anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf sebarang perubahan kepada sempadan sebelum 1967, termasuk status Baitulmaqdis.

Katanya, pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tidak menggambarkan keadaan sebenar, sebaliknya sekadar sokongan kepada dasar Israel yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

“Yang kuat tidak semestinya benar,” katanya.

Wisma Putra sekali lagi menegaskan pengiktirafan itu adalah pencerobohan kepada hak rakyat Palestin termasuk hak menentukan sendiri nasib mereka serta pelanggaran kepada beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");