Perak Hari Ini

Penduduk Flat Sg Pari Gusar Risiko Diserang Penjenayah

BUNTONG: Beberapa penduduk flat Taman Pertama, Sungai Pari tidak tahan lagi dengan
keadaan kadar jenayah yang semakin teruk di kawasan mereka.

Difahamkan, keadaan yang teruk itu disebabkan oleh majoriti penduduk di flat berkenaan melakukan jenayah yang melanggar undang-undang seperti mencuri wayar elektrik dan membuang sampah merata-rata tempat.

Di tambah lagi dengan pelbagai aktiviti jenayah dilakukan sekitar flat itu, penduduk di kawasan berkenaan semakin dihimpit perasaan takut dan tidak selamat.

Pengerusi Pusat Khidmat Dan Aduan Rakyat Satu Malaysia NGO Negeri Perak , Matthew Purushothaman berkata perbincangan bersama Ketua Pengerusan flat itu telah dilakukan dan mereka mahu bantuan daripada badan-badan kerajaan seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk disini.

“Kebanyakan parti politik telah cuba menolong tetapi mereka tidak dapat menyelesaikan masalah disini. Saya telah berbincang dengan Mr.Nathan iaitu Ketua Pengurusan di flat ini dan kita telah buat aduan tentang keadaan di flat ini semakin teruk dan kritikal.

“Antara masalah yang mereka sedang hadapi ialah sistem saliran air telah pecah dan bumbung bangunan mereka juga telah rosak dan di dalam keadaan yang sangat teruk sehingga tiada penduduk langsung di tingkat yang paling atas.

“Selain masalah keadaan bangunan mereka juga menghadapi masalah keselamatan mereka dengan aktiviti gangsterisme.

Matthew menambah, penduduk kawasan berkenaan terpaksa berdepan dengan masalah aktiviti jenayah seperti dadah, gangster dan penduduk haram.

Malah katanya, ada dikalangan penjenayah yang memecah masuk ke unit yang tiada penduduk untuk menghisap dadah.

“Mereka juga mencuri elektrik dan air. Pihak pengurusan sudah membuat aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Air Perak (LAP) tetapi tiada tindakan yang diambil,” katanya lagi.

Di samping itu, mereka juga memberitahu ada kejadian yang berlaku pada 2 tahun yang lepas dimana sesuatu pergaduhan di antara geng jenayah di sini dan terdapat seseorang itu tangannya dipotong.

“Ianya kerana dadah dan tempat ini sukar untuk diuruskan. Pihak Pengurusan telah mendapatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk mengendalikan kes penagih-penagih di flat ini, kerana mereka perlu keluarkan kesemua penagih untuk membina kembali dan pulih untuk bangunan tersebut.

“Pembinaan semula perlu diadakan. Bumbung perlu dibina kembali dan wayar elektrik juga perlu diadakan kembali kerana kesemua wayar elektrik telah dicuri. Sistem paip air juga perlu dibaiki serta merta kerana bangunan ini berusia lebih daripada 30 tahun dan kebanyakkannya perlu ditukar dan dibina” katanya lagi.

Matthew berkata bahawa mereka meminta untuk Unit Pesuruhjaya Bangunan untuk menolong penduduk-penduduk ini dan mereka juga berharap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga dapat membantu dengan masalah yang mereka sedang hadapi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");