Perak Hari Ini

Penduduk Taman Tasek Jaya Mohon MBI Buka Semua Simpang Jalan Yang Ditutup

IPOH: Majoriti penduduk Taman Tasek Jaya memohon agar pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuka semula persimpangan jalan yang menghubungkan antara Taman Tasek Jaya dan Tasek Mutiara, berhampiran jalan Tingkat Tasek Jaya 1, demi keselamatan penduduk sekitar.

Asafali Mohd Salim, 70, merupakan penduduk asal Taman Tasek Jaya ini berkata masalah itu bermula apabila terdapat lampu –lampu isyarat yang diletakkan di dua simpang Jalan Kuala Kangsar, berhampiran disini.

Katanya, kebanyakkan kenderaan-kenderaan berat cuba memintas lampu isyarat tersebut dengan menggunakan laluan kawasan perumahanya.

“Siang dan malam, banyak lori lalu di sini yang mana selain mengancam keselamatan penduduk, pencemaran bunyi yang datang daripada kenderaan-kenderaan berat ini turut memberi ketidakselesaan kepada kami di sini,” katanya.

Ujarnya lagi, jika ia berterusan, struktur jalan raya di sini juga akan terjejas dan rosak.

Chong Weng Sung, 57, yang ditemui berkata selepas persimpangan itu ditutup, banyak kenderaan cuba memintas lampu isyarat di jalan utama dengan mengunakan laluan-laluan kecil di antara beberapa rumah di sini.

Katanya, ibunya sendiri pernah hampir dilanggar motosikal yang dibonceng laju di sekitar rumahnya.

Sementara itu, Anggota Majlis MBI, Aldrich Low Guo Nan yang ditemui ketika mengadakan sesi lawatan kerja di sini berkata sebanyak 30 surat bantahan daripada penduduk terhadap penutupan jalan tersebut diterima.

“Sebelum ini, Datuk Bandar telah mengarahkan laluan ini ditutup pada November, setelah kita menerima aduan berkenaan banyak kenderaan berat yang menggunakan jalan  ini.

“Walau bagaimanapun, ia hanyalah ditutup sementara selama sebulan bagi melihat keberkesanan tindakan tersebut selain membuka ruang penduduk sentempat menyuarakan bantahan,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam Bahagian Lalulintas MBI namun, beliau menegaskan perkara ini akan dibawa sendiri olehnya kepada pengetahuan Ahli Majlis dan ahli jawatankuasa terlibat yang mana setersunya, ia akan dibawa ke mesyuarat Lalulintas MBI, Jumaat minggu hadapan.

“Saya lakukan ini atas kapasiti seorang anggota majlis dan juga atas rasa kebertanggungjawaban untuk membawa suara penduduk setempat kepada MBI,” tegasnya.

Dalam pada itu katanya, beliau menerima cadangan agar dibina sebuah palang penghadang setinggi 2 meter, untuk menghalang kenderaan-kenderaan berat dari terus menggunakan jalan perumahan di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");