Panasnya Hari Ini

Peniaga Bengang MPKj Tidak Serius Selesaikan Isu Penjaja

KAJANG: Persatuan Pusat Komersil Bandar Mahkota Cheras bengang dengan tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu berikutan membenarkan penjaja menjalankan operasi di kawasan tanpa keizinan mereka.

Pengerusinya, Terence Ee berkata perkara itu sebelum ini pernah diusulkan kepada pihak MPKj namun sejak tahun lalu agensi dibawah kerajaan negeri itu tidak habis-habis mengadakan perbincangan awam.

Jelas beliau, perbincangan telah dibuat sejak 2016 dan beberapa siri bantahan telah dibuat persatuan berkenaan namun ia seperti tiada pengakhiran.

“Kita membuat bantahan kerana penjaja ini telah menjejaskan perniagaan premis berhampiran selain menggangu kelancaran lalu lintas. 

“Kami mendapat tahu bahawa idea untuk membenarkan penjaja beroperasi di laman komersial itu telah disarankan oleh dua orang ahli majlis DAP pada 2014.

“Dan ketika itu kedua-dua ahli majlis ini menyatakan bahawa tiada bantahan namun setelah kami membuat kaji selidik serta survey sendiri mendapati ada 250 bantahan dari penduduk dan peniaga,” katanya ketika ditemui Peraktoday selepas menghadiri Mesyuarat Perbincangan Awam bersama MPKj, disini hari ini.

Apa yang lebih mengelirukan menurut Terence, kedua-dua ahli majlis itu sebelum ini menyatakan bahawa tapak laman niaga berkenaan akan menjadi zon trak makanan dengan pembekal tidak beroperasi lebih daripada 6 jam.

Selepas itu katanya, persatuan dimaklumkan bahawa ia akan digunakan sebagai sebuah kawasan tempat letak kereta.

Namun kini, lain pula kata MPKj dimana mereka memaklumkan bahawa tapak berkenaan akan digunakan oleh penjaja bermusim.

“Kita jadi keliru, tahun lalu cakap lain, lepas perbincangan awam mereka kata lain pula dan kini lain pula yang dinyatakan. Sebab itu saya katakan, ahli majlis ini dan MPKj ada menyembunyikan sesuatu.

“Malah mesyuarat perbincangan awam kali ini pun mereka tidak membenarkan persatuan perniaga dan penduduk masuk pada mulanya, namun selepas beberapa ketika baru kami dipanggil. Mengapa begitu?.

Justeru, jelas Terence, apa yang diharapkan kini adalah pihak MPKj serta kedua-dua ahli majlis berkenaan lebih telus dalam menyelesaikan masalah terbabit.

Katanya lagi, MPKj tidak seharusnya berdolah dalih sebalik menjalankan kajian terharap kesan kepada cadangan membenarkan penjaja beroperasi di tapak Laman Niaga berkenaan.

Terdahulu, satu siri perbincangan awam antara Ahli Majlis MPKj serta penduduk dan persatuan berkenaan telah diadakan hari ini, namun di awal perbincangan pihak penduduk, persatuan peniaga dan media telah dihalau dari bilik mesyuarat.

Perkara itu telah menimbulkan kekeliruan kerana mengikut pemahaman kami perbincangan itu dibuat secara umum dan boleh melibatkan media apatah lagi penduduk dan persatuan perniaga. Mungkin apa yang diperkatakan pihak persatuan benar dimana kedua-dua ahli majlis MPKj dari DAP ada menyembunyikan sesuatu.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");