Perak Hari Ini

Peniaga Di ILBP Taiping, Pilih ‘Kotor’ Daripada Bersih

TAIPING:Peniaga di premis Perniagaan di Istana Larut Business Park (ILBP) di sini didapati tidak mengendahkan kebersihan apabila gagal menguruskan sampah sarap perniagaan masing-masing.

Terdahulu pada 11 Disember lalu,kira-kira 10 orang pegawai Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Aduan serta wakil Rukun Tetangga Taman Lake View telah mengadakan lawatan turun padang serta melakukan pemeriksaan mengejut di ILBP.

Menurut Yang Dipertua MPT, Datuk Abd Rahim Md Ariff berdasarkan aduan yang diterima dari orang ramai serta pelanggan yang datang berurusan di lokasi perniagaan itu, kawasan tersebut didapati amat kotor dan cara pelupusan sampah yang tidak terurus.

“Pihak MPT juga mendapati para peniaga dan penghuni di ILBP tidak menyediakan tong sampah yang bersesuaian sebaliknya memilih untuk menggantung sampah-sampah mereka di pagar berhadapan premis perniagaan.

“Malah keadaan tersebut telah memburukkan pandangan kerana kawasan ini baru sahaja memulakan operasinya,” katany menerusi satu kenyataan media hari ini.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak MPT katanya telah mengeluarkan notis untuk penyediaan tong sampah kepada kesemua 24 orang peniaga di kawasan tersebut.

Namun hasil tinjauan yang dilakukan setelah beberapa hari di kawasan terbabit didapati peniaga masih tidak mengambil sebarang tindakan yang diarahkan pihak MPT.

“Sebaliknya mereka terus dengan sikap degil menggantung sampah di pagar dan ada yang mengambil tindakan dengan membuang sampah-sampah dalam longkang berdekatan.

“Pihak MPT turut mendapati para peniaga telah memasang besi penyangkut pada pagar bagi memudahkan mereka menyangkut sampah bagaimanapun besi tersebut telah dipotong oleh MPT bagi menghentikan perbuatan itu,” katanya.

Malah jelasnya selepas seminggu operasi dilaksanakan, keadaan masih tidak berubah dan peniaga semakin tidak mengendahkan sedangkan operasi dibuat untuk kepentingan persekitaran dan imej peniaga serta keselesaan pelanggan.

“Sekiranya tempat ini bersih dan peniaga menjaga kebersihan, sudah pasti ramai pelanggan yang suka datang berurusan di sini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");