Perak Hari Ini

Peniaga ‘Food Truck’ Sengsara Diganggu ‘Ah Long’

IPOH: “Saya akan bayar, cuma saya merayu agar diberi sedikit masa,” demikian luahan seorang peniaga makanan kenderaan saji (food truck) yang diganggu ceti haram ataupun ah long sejak beberapa bulan lalu.

Che Roslan Yaacob, 55, berkata mereka selalu datang ke kawasan perniagaanya dengan tujuan mahu memaksanya meneruskan bayaran selain mendakwa pernah menerima ugutan untuk dipukul.

Katanya, pada kebiasaan, beberapa ah long yang berlainan akan datang kepadanya, selang beberapa jam, bermula pada waktu perniagaanya beroperasi.

Tidak cukup dengan itu, peniaga di Meru Raya itu juga mendakwa halaman rumahnya juga pernah diselerakkan dengan kad pinjaman ah long, selain menampal kertas ugutan pada pagar kediamanya.

“Mereka akan datang setiap hari, secaara berperingkat, dalam jam 12.30 hari sehingga lewat petang.

“Kita kata kepada mereka yang kita belum ada simpanan yang cukup untuk bayar balik baki pinjaman namun, mereka tidak percaya,” katanya, yang telah membuat pinjaman sejak Oktober tahun ini.

 

Che Roslan berkata, sebelum ini dia tidak mempunyai masalah dalam melangsaikan segala hutangnya namun, sejak aktiviti perniagaannya mulai perlahan pada kebelakangan ini, ia telah merencatkan sedikit untuk dia mendapatkan kembali pulangan modal dan keuntungan perniagaanya.

Katanya, dia telah meminjam sekitar RM6,000 dan masih mempunyai baki sebanyak RM3,000.

Dalam pada itu, dia berkata ah long ini pada awalnya, akan datang sendiri ke kawasan perniagaan kenderaan saji itu, kononya sebagi mahu menghulurkan pertolongan kewangan dengan cara mudah.

 

Dia mendakwa bukan dirinya sahaja, malah, hampir kesemua 50 peniaga di situ, turut menjadi mangsa skim pinjaman wang haram ini.

Namun, sehingga kini, katanya, hanya dia sahaja yang berani tampil kehadapan untuk membuat aduan dan laporan polis, pada 7 Disember minggu lalu, dekat Balai Polis Kampung Simee.

Ketika ditanya sama ada pernah memohon bantuan kewangan kepada saluran yang betul, Che Roslan mendakwa proses permohonan yang rumit, telah membuatkan dia terdesak untuk meminjam kepada ah long.

“Ada organisasi yang menghulurkan bantuan, namun mereka hanya beri kita barang kelengkapan perniagaan, yang sendiri kita sudah sedia ada.

“Kita tidak mahu itu, kita mahu modal perniagaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Taman Canning di sini,pada Isnin.

 

Sementara itu, Ketua Urus Pusat Khidmat Aduan tersebut, Mohd Rawi Abdullah berkata pihak polis harus mengambil serius terhadap kes ah long ini.

“Kita akan membuat surat aduan kepada ketua polis perak kerana perkara ini kerana ia dilihat seolah-olah tiada kesudahanya.

“Kita juga harap tindakan segera dapat dibuat jika tidak, kawasan perniaagan itu akan kembali sunyi kerana akan ramai peniaga yang tidak berani untuk berniaga di situ, kerana bimbang terus diganggu ah long,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut menggesa agensi kerajaan mahupun swasta agar turut membela nasib peniaga-peniaga kecil ini bagi memberi sedikit peluang untuk meneruskan perniagaan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");