Berita Hari Ini

Penyebaran Berita Palsu Ancaman Besar Pada PRU14: MB Zambry

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak menegaskan bahawa berita-berita palsu akan menjadi ancaman besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata penyebaran berita palsu secara berleluasa khususnya dalam media sosial ialah salah satu daripada ancaman besar yang bakal memberi kesan kepada keadaan kualiti politik dan demokrasi negara.

Beliau mengambil contoh, berita palsu yang dimomokkan oleh sesetengah bahawa kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh semasa Pilihan Raya Umum ke-13,yang akhirnya telah mencetuskan kekecohan.

“PRU14 akan diadakan tidak lama lagi. Anda boleh bayangkan jenis ancaman yang kita akan hadapi.

“Berita palsu boleh memberi kesan yang signifikan terhadap pilihan raya. Rakyat berasa keliru untuk membuat keputusan, tentang parti yang akan memerintah negara,” kata beliau pada Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (KLIYD 2017) di sini, menerusi laporan Bernama, semalam.

Zambry, yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak menyampaikan Ucaptama 2 Menteri bertemakan ‘From Intellectual Terrorism to Inequality: Confronting Non-Traditional Security Threats.’

KLIYD 2017 memberi fokus kepada ancaman masa depan termasuk perubahan iklim, keselamatan makanan, kelestarian tenaga, ketidaksamaan, hubungan kaum dan keselamatan siber.

Mengenai usaha membendung penyalahgunaan dadah di negara ini, Zambry berkata usaha bersepadu dari semua pihak adalah penting untuk mengurangkan kes penagihan dadah di negara ini.

Beliau tanpa memberitahu angkat yang tepat berkata, jumlah kes penagihan dadah semakin meningkat dengan mencatatkan peningkatan sehingga 14 peratus tahun lepas.

“Penagihan dadah tidak boleh ditangani hanya melalui satu penyelesaian, Jika komuniti boleh bekerjasama, jumlah penagih dadah akan berkurang dengan ketara” kata beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");