Isu Panas

Penyokong Demokrasi Bakal Kecewa

SHAH ALAM – Bekas ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan cadangan meletakkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU14 hanya akan menimbulkan kekecewaan terhadap penyokong demokrasi di negara ini.

Katanya, perkara tersebut perlu dikaji semula terutama apabila mengambil kira tokoh demokrasi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa kepada rejim autokrasi.

“Walaupun alasan mereka beliau (Anwar) tidak sesuai diletakkan sebagai perdana menteri disebabkan telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara, tapi mereka harus sedar bahawa sikap demokrasi itu perlu konsisten pada prinsipnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, pejuang demokrasi perlu digesa supaya membuat pilihan yang jujur dan tepat apabila berjuang di atas nama rakyat di negara ini.

Katanya, pejuang dan pendokong demokrasi seharusnya lebih konsisten mempertahankan perjuangan mereka tanpa mengambil kira keuntungan yang bersifat sementara.

“Ada perbezaan di antara demokrasi, autokrasi dan kleptokrasi. Ada golongan berjuang kononnya sebagai demokrasi untuk menjatuhkan golongan kleptokrasi, tapi bersekongkol dengan golongan autokrasi.

“Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang berlaku di negara seperti di Ukraine dan Zimbabwe sebelum ini, pejuang demokrasi seharusnya perlu mengambil iktibar untuk konsisten dalam perjuangan mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");