Perak Hari Ini

Perak Catat Keluasan Hutan Simpan Kekal Tertinggi Di Malaysia

IPOH:Perak mencatatkan keluasan hutan simpanan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia melibatkan seluas 997,623.86 hektar atau 47.45 peratus kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hutan Simpanan Kekal di negeri ini juga telah memenuhi piawaian Sijil Pengurusan Hutan (MC&I) (hutan Asli) dibawah Malaysia Timber Certification Scheme (MTCS).

“Kerajaan negeri konsisten untuk membuktikan aktiviti Pengurusan Hutan dengan memenuhi piawaian yang diperkenalkan dan telah pengiktirafan ini sejak tahun 2007 lagi pada peringkat antarabangsa.

“Kejayaan pematuhan piawaian Pensijilan Pengurusan Hutan menerusi standard Malaysia Criteria & Indicator telah menunjukkan Hutan Simpan Kekal di negeri ini telah diuruskan dengan baik dibawah Best Forest Practices.

“Pensijilan Pengurusan Hutan negeri ini juga adalah diiktiraf antarabangsa menerusi International Tropical Timber Organization (ITTO),” katanya menerusi satu kenyataan media sejurus selepas mesyuarat exco hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri sesi taklimat bersama wakil Jabatan Perhutanan Negeri Perak berkaitan pengurusan hutan di Perak hari ini.

Jelas Zambry lagi, Perak turut menerima pengiktirafan pengurusan Hutan paya Laut Terbaik Dunia yang melibatkan kompleks hutan Paya Laut tertinggi di Semanjung Malaysia iaitu seluas 42,233.64 hektar.

“Pengurusan Hutan Paya Laut Matang di perairan Perak telah diiktiraf sebagai World Best Managed Mangrove Forest oleh para saintis dunia melalui jurnal-jurnal penyelidikan antarabangsa seperti Wetland Ecological Management, Chemosphere and Aquatic Botany.

“Pengurusan tersebut juga turut mendapat pengiktirafan pensijilan Environmental Managemant System (EMS) pada 18 Januari 2017 sekaligus meletakkan Hutan Paya di negeri Perak sebagai satu-satunya Hutan Paya Laut Di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Pensijilan Pengurusan Alam Sekitar ini,” katanya.

Sementara itu bagi keluasan hutan tadahan Air, Perak juga mempunyai rangkaian liputan kawasan tadahan air tertinggi di negara apabila kerajaan negeri bertindak meminda kawasan hutan Tadahan Air dengan pertambahan keluasan sebanyak 54 peratus berbanding keluasan terdahulu pada tahun 2007 sebanyak 159,866 hektar kepada 295,401 hektar.

Malah katanya, sebanyak 10 petak pemeliharaan Hutan bernilai Tinggi (High Value Conservation Forest, HCVF) telah ditubuhkan di negeri ini melibatkan kawasan seluas 124 hektar bertujuan untuk pemeliharaan spesis terancam dan endemic.

“Ia termasuklah Keruing Paya, Balau Putih, Gerutu Daun Besar dan Daun Sang yang merupakan sepesis endemic di negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");