Perak Hari Ini

Perak Mohon Kerjasama Kerajaan Persekutuan, Selesaikan Masalah Sungai Cetek

IPOH: Dalam mempergiatkan usaha mencari sumber-sumber air bersih khususnya menerusi Teknologi Penapisan Tebing Sungai (RBF), kerajaan negeri kini turut berhadapan dengan masalah keadaan sungai yang makin cetek.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, isu ini berlaku pada kawasan yang terletaknya pusat pemprosesan air oleh Lembaga Air Perak (LAP), di sepanjang Sungai Perak.

Jelasnya, terdapat beberapa kawasan di kini sedang mengalami masalah penurunan paras air yang sangat serius.

“Ada (sesetangah) tempat itu, airnya mudah mengalir, sungainya luas, tetapi, kita boleh ‘berjalan di atasnya’.

“Saya berharap kerjaan pusat dapat duduk dan menyelasaikan perkara ini secara bersama.

“Kerana, kita sekarang ini menghadapi konflik antara menangani masalah sumber air bersih dengan beberapa polisi kerjaan persekutuan yang melibatkan alam sekitar,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, jika kerja-kerja pendalaman sungai tidak dijalankan, tidak mustahil, beberapa sungai di negeri ini ‘akan hilang’.

Dalam perkembangan sama, Zambry turut menegaskan, sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia, negeri Perak juga seban tahun tidak terkecuali mengalami masalah kehilangan air tak berhasil (NRW), pada sekitar 20 ke 30 peratus.

“Salah satu masalah kita ialah, ‘umur’ paip air yang sudang tua dan tidak boleh mampu mengalirkan air dengan lancar.

“Akibatnya, ada berlaku kebocaran air yang melibatkan bergelen-gelen air,” katanya.

Tambahnya, salah satu sebab yang melambatkan proses penyelesaian terhadap masalah tersebut ialah faktor keluasan negeri Perak itu sendiri di mana menurutnya, panjang bagi paip-paip saliran air secara keseluruhannya sejauh 11,000 kilometer.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam bersempena Persidangan Tahunan Jawatankuasa Tindakan Jurutera Air Daerah SeMalaysia (JTJAD) kali ke-30, di Pusat Konvensyen Amanjaya, Meru Raya dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Ir Noor Azahari Zainal Abidin; Pengurus Besar LAP Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa serta EXCO kerajaan negeri.

Persidangan yang berlangsung daripada 18 sehingga 21 Disember 2017 ini telah menyaksikan negeri Perak selaku tuan rumah buat kali ketiga selepas penganjuranya bermula sejak tahun 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");