Perak Hari Ini

Perak Negeri Pertama Anjur Program Kadet Wartawan Amanjaya

SERI ISKANDAR: Kadet Wartawan Amanjaya telah berjaya memberi pendedahan kepada lebih 200 pelajar sekolah menengah berkaitan bidang kewartawanan anjuran Yayasan Perak dan Sinar Harian.

Pengurus besar Yayasan Perak, Aida Hazlyn Hassan berkata pelaksanaan Kadet Wartawan sejak tahun 2016 melibatkan 48 sekolah dari semua daerah di negeri ini.

“Kadet wartawan Amanjaya telah dilaksanakan sejak awal tahun 2016 lagi di semua daerah bersempena program permukiman Menteri Besar.

“Perak merupakan negeri pertama yang menganjurkan program sebegini untuk menumpukan pembelajaran di luar bilik darjah kerana kita tahu mereka terlalu lama belajar di dalam kelas jadi ia luar dari kebiasaan buat mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis reunion@kadet wartawan Amanjaya yang berlangsung selama tiga hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah Seri Iskandar semalam.

Terdahulu majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut berkongsi cerita dan pengalaman hidupnya bersama pada peserta.

Jelas Aida keunikan program kadet wartawan Amanjaya ini adalah sesi temuramah khas bersama Menteri Besar pada sesi khas yang disediakan.

“Pada sesi khas bersama Menteri Besar, kadet wartawan akan diberi peluang menemurahnya dan berinteraksi secara dekat dan pada sesi reunion ini kita kumpulkan semua kadet wartawan yang telah menyertai program ini untuk perluaskan lagi kemahiran serta mendedahkan mereka bukan hanya pada bidang kewartawan tetapi kini pada penulisan dan fotografi,” katanya.

Katanya lagi, usaha tertumpu untuk mencungkil bakat baru yang ada dalam bidang kewartawanan selain mendorong kepada penghasilan penulisan yang baik.

“Bagi sesi kali ini kami menyediakan tiga anugerah iaitu wartawan terbaik, penulisan terbaik dan fotografi terbaik.

“Mereka sangat aktif dan teruja apabila Menteri Besar  turun sendiri dan ditemuramah oleh mereka namun sambutannya cukup menggalakkan.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang pelajar mempelajari dalam bidang menulis namun melibatkan juga interaksi secara langsung bagi meingkatkan keyakinan diri dalam diri pelajar,” katanya.

Jelasnya lagi, kadet wartawan Amanjaya telah memberi pendedahan pelajar meliputi media cetak, eletronik dan juga sosial media atau web.

Sementara itu, semasa menyampaikan ucapan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyifatkan program kadet wartawan Amanjaya satu usaha yang membanggakan kerana ia memberi peluang kepada pelajar bersoal jawab dan berinteraksi dengan pemimpin.

“Sesi bersoal jawab begini tidak ada pada waktu saya menjadi pelajar dahulu namun anda berpeluang berinteraksi dengan pemimpin kerana ketika zaman saya  tak dapat kesempatan itu,” katanya.

Beliau turut berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya serta pendidikannya sehingga berjaya melanjutkan pelajar ke luar negara bersama para peserta pada sesi sidang media khas bersama para kadet wartawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");