Isu Panas

Permohonan Selangor Cabar Persempadanan Semula Ditolak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor gagal dalam permohonannya mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dun Selangor.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hakim Azizul Azmi Adnan ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah terikat dengan dua keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak berhak dari segi perlembagaan untuk mencabar kewajaran cadangan persempadan semula walaupun skopnya sudah diperluas.

Azizul Azmi dalam penghakimannya berkata, pihak yang mengemukakan permohonan semakan kehakiman mengikut Perintah 53 Peraturan 2(4) perlu membuktikan ia terjejas teruk oleh keputusan atau tindakan berkaitan fungsi dan tanggungjawab awam.

” Keputusan Mahkamah Rayuan sebelum  mendapati cadangan persempadanan semula itu tidak mempunyai kesan perundangan, maka hak perundangan pemohon (kerajaan negeri Selangor) tidak terjejas teruk,” katanya.

 Ujarnya, persempadanan semula adalah perkara eksklusif yang membabitkan pihak legislatif dan sebarang campur tangan oleh badan kehakiman adalah melangkaui prinsip pemisahan kuasa.

” Pemohon turut mendakwa proses persempadanan semula itu cacat kerana terdapat 136,272 tidak mempunyai alamat, bagaimanapun hakim itu berkata walaupun Daftar Pemilih tidak mempunyai alamat, ia mempunyai kod lokaliti.

“Namun berkemungkinan alamat itu sudah sedia ada pada SPR apabila kod lokaliti ditempatkan,” katanya.

Tegasnya, proses persempadanan semulantidak terhejas walaupun pemohon menyatakan alamat berkenaan hilang ketika pengundi berpindah.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan kerajaan Selangor untuk menggantung kesemua inkuiri tempatan oleh SPR di seluruh negeri Selangor sementara rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Pada 19 Oktober tahun lepas, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan kebenaran bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan dewan undangan negeri di Selangor oleh SPR.

Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu atas alasan SPR bertindak dengan tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mendapatkan, antara lain, satu perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi.

Kerajaan Selangor diwakili peguam Datuk Dr Cyrus Das dan Datuk S. Ambiga manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");