Perak Hari Ini

Persidangan Dewan Belia Perak: 7 Usul Dibentang

IPOH:Tujuh usul dibentangkan pada persidangan pertama, mesyuarat kedua, penggal kedua Dewan Belia yang pertama di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata persidangan yang berlangsung selama dua hari ini merupakan persidangan terakhir untuk sesi  2016/2017.

“Pembentagan usul juga sangat relevan dan diharap para perwakilan dapat menyampaikan dengan cara progresif dan sebaik mungkin,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri sesi persidangan Dewan Belia Perak hari ini.

Katanya usul tersebut dipenghujung akan diluluskan akan dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti kebiasaan.

“Saya lihat kualiti usul juga telah bertambahbaik dan bagi kali ini terdapat 31 perwakilan Dewan Belia yang baru untuk sesi penggal 2018/2019 turut hadir menyaksikan sendiri sesi pembentangan, perbahasan dan pergulungan sesi tahun ini,” katanya.

Katanya, persidangan dewan juga adalah sesi orientasi supaya para perwakilan baharu dapat menyesuaikan diri kelak malah terdapatnya kesinambungan antara para perwakilan terdahulu.

“11 ahli dewan belia akan terpilih untuk terus berada dalam sidang dewan akan datang dan kesinambungan itu diharapkan mereka untuk membimbing perwakilan yang baru bagi mencapai visi serta misinya,” katanya.

Jelasya lagi, proses pemilihan Ahli Dewan Belia Perak bagi sesi 2018/2019 telah selesai  melibatkan sejumlah 42 muka baru.

Antara tujuh usul yang dibentangkan hari ini seperti “Membangunkan Secara Inklusif Bidang Agro Pelancongan dan Perniagaan ‘Food Truck’ di Negeri Perak, “Pemerkasaan Penyertaan Digital Wanita Ke Arah Pembangunan Masyarakat Digital Yang Cemerlang” dan “Memperkasa Identiti Belia Perak: Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni Warisan Dan Budaya”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");