Sukan Hari Ini

Pesaing Manchester City Perlukan Keajaiban: Eriksen

MANCHESTER United, Chelsea, Liverpool dan Tottenham Hotspur amat mengharapkan keajaiban sekiranya mahu mengejar Manchester City dalam usaha meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menerusi laporan Sinar Online, Pemain Spurs, Christian Eriksen berkata, City mempunyai kekuatan yang berbeza berbanding musim lepas selain mereka mampu konsisten dalam setiap perlawanan.

The Citizens  masih belum kalah dalam saingan domestik selain mencatat 16 kemenangan berturut-turut sekali gus kekal di puncak liga meninggalkan pesaing terdekat, United dengan 11 mata.

“Keajaiban adalah perkara paling penting ketika ini untuk menumpaskan City. Mereka seperti tidak akan kalah musim ini,” katanya.

Menurutnya, Spurs yang juga naib juara liga musim lalu turut berada dalam keadaan terumbang-ambing dan tercampak ke kedudukan ketujuh.

“Kami perlu bangkit dan menunjukkan bahawa kami pasukan yang kuat dan berusaha untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik, “katanya.

Spurs akan berkunjung ke Stadium Turf Moor menentang Burnley awal pagi ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");