Perak Hari Ini

PKNP FC Terima Tawaran Sertai Liga Super 2018

IPOH:PKNP FC telah menerima tawaran Football Malaysia Limited Liability Pertnership (FMLLP) hari ini untuk menempa tempat ke Liga Super Malaysia 2018.

Pengerusi PKNP FC Datuk Aminuddin Md Esa menerusi satu kenyataan rasmi mengumumkan bahawa telah menerima tawaran tersebut untuk bertanding dan bersaing pada peringkat Liga Super Malaysia tahun hadapan.

Katanya, penglibatan semula PKNP FC pada tahun 2016 yang lalu dalam Liga Piala FAM telah berjaya menjadi naib juara dalam pertandingan tersebut.

“PKNP FC juga telah bertanding di dalam Liga Perdana Malaysia 2017 dan telah berjaya mendapat tempat ketiga malah melangkah masuk ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia 2017.

“Sesungguhnya kenaikan PKNP FC ke liga Super Malaysia 2018 adalah satu kejayaan yang berterusan di dalam arena bola sepak negara,” katanya.

Jelasnya lagi, PKNP FC akan terus melaksanakan objektifnya untuk melahirkan serta mengasah bakat-bakat baru selain mencapai kejayaan dalam semua pertandingan yang disertai kelak.

“PKNP FC mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan FMLLP dan FAM dibawah kepimpinan Tuanku Ismail Sultan Ibrahim selaku Pengerusi kerana telah membuka peluang kepada pasukan ini untuk bersaing dalam Liga Super musim akan datang.

“Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir, barisan kepimpinan PKNP dan tidak dilupakan para penyokong PKNP FC yang terus memberikan sokongan serta motivasi kepada pasukan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");