Berita Hari Ini

PM Israel Kutuk Negara-Negara Yang Sokong Resolusi PBB

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengutuk keputusan undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, yang menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Dalam pada itu, Netanyahu berkata bahawa beliau berpuas hati dengan jumlah negara yang tidak terbabit dalam undian itu.

“Israel menolak sepenuhnya resolusi yang tidak masuk akal ini. Baitulmaqdis adalah ibu negara kami, selama-lamanya,” katanya dalam video yang dimuat naik secara atas talian oleh jurucakapnya.

Resolusi itu mendapat sokongan daripada 128 negara dan menerima bantahan dari sembilan negara di dalam proses undian semalam.

Selain Amerika Syarikat dan Israel, resolusi dibantah oleh Guatemala, Honduras, Togo, Micronesia, Nauru, Palau dan Kepulauan Marshall.

Sebanyak 35 negara memilih berkecuali, termasuk Argentina, Australia, Kanada, Croatia, Republik Czech, Hungary, Latvia, Mexico, Filipina, Romania dan Rwanda.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");