Berita Hari Ini

PM Terima Anugerah Tertinggi Daripada Raja Bahrain

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima anugerah  King Hamad Order for Development daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, esok.

Menerusi laporan Bernama, Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini menyatakan anugerah itu akan dikurniakan kepada Najib di Istana Shaikh Hamad semasa beliau melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, bermula esok.

“Ia merupakan anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh Kerajaan Bahrain,” kata kenyataan itu.

Semasa lawatan itu, Najib  yang akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dijadual menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Raja Hamad.

Perdana menteri dan isteri juga dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Putera Mahkota, Timbalan Pemerintah Tertinggi dan Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa di Istana Ghudaibiya pada Sabtu.

Menurut Kementerian Luar sebelum menghadiri majlis jamuan itu, Najib dan Rosmah dijadual menghadap Putera  Salman.

“Pada lewat tengah hari itu, perdana menteri dan isteri akan menghadiri upacara sambutan Hari Kebangsaan Bahrain di Istana Sakhir, dengan Raja Ahmad dijadual turut berangkat hadir,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata lawatan itu akan mengeratkan lagi hubungan jalinan  persahabatan sedia ada antara Malaysia dan Bahrain.

Jumlah dagangan Malaysia-Bahrain dari Januari hingga September tahun ini ialah RM805.73 juta, manakala jumlah eksport mencapai RM389.10 juta dan jumlah import pula RM416.63 juta

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");