Sukan Hari Ini

PM Ucap Tahniah Pasukan Tenpin Boling Wanita Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan tenpin boling wanita yang mengharumkan nama negara meraih pingat emas di Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas.

“Syabas pasukan boling wanita harumkan nama #Negaraku dengan meraih emas Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas! #kebanggaanku,” kata perdana menteri dalam catatan Twitter beliau, hari ini.

Pasukan tenpin boling wanita negara menamatkan kemarau 10 tahun untuk meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia 2017 di Las Vegas, Ahad.

Wakil negara terdiri daripada Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan menewaskan pasukan Singapura 214-209, 188-177 pada final di South Point Bowling Center.

Terdahulu mereka menang 198-207, 248-168, 182-181 menentang Colombia pada separuh akhir.

Kejayaan itu adalah kejuaraan kali ketiga selepas pasukan negara memenanginya pada tahun 2003 di Kuala Lumpur dan di Monterrey, Mexico pada 2007. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");