Jenayah

Polis Buru Wanita Sembunyi Kelahiran

BALING: Polis sedang mengesan seorang wanita yang melahirkan anak di dalam tandas sebuah stesen minyak di sini, sebelum meninggalkan bayi lelaki itu, semalam.

Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf, berkata pihaknya masih menyiasat dan sedang menjejaki wanita itu menerusi ujian darah bagi menentukan DNA.

“Bayi terbabit ditemui selamat dan dalam penjagaan di Hospital Baling. Kami menerima laporan kes buang bayi berturut-turut dalam tempoh dua hari ini dan kami akan mengesan ibu bayi terbabit, ” katanya ketika dihubungi, di sini.

Semalam, seorang wanita berusia lingkungan 30-an melarikan diri selepas melahirkan bayi di dalam tandas sebuah stesen minyak, di sini.

Shariffuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Sementara itu, saksi kejadian yang juga pekerja di stesen minyak terbabit, Nurul Shuhada Mat Shukri, 25, berkata dia mengesyaki bungkusan kain batik yang dibawa seorang wanita ketika keluar daripada tandas di situ adalah bayi kerana terdengar tangisannya.

Katanya, dia lantas memujuk wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepadanya selepas wanita berkenaan mahu membuang anaknya.

“Walaupun saya dimarahi, saya berulang kali memujuknya supaya menyerahkan bayi itu. Akhirnya wanita berkenaan akur lalu menyerahkan bayi itu kepada saya sebelum pergi dengan memandu kereta PROTON Waja,” katanya.

Nurul Shuhada berkata, dia kemudian membuat laporan polis sebelum bayi itu dihantar ke hospital untuk rawatan dan penjagaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");