Jenayah

Polis Kenal Pasti Rangkaian Seludup Warga Bangladesh

SERDANG – Polis mengenal pasti tiga golongan terlibat dalam yang dipercayai bersekongkol dengan ejen dan sindiket membawa masuk warga asing terutama dari Bangladesh melalui pintu masuk negara, di lapangan terbang berkenaan, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah membuat kajian dan siasatan ke atas modus operandi berhubung kegiatan haram ini.

“Apa yang dikesan adalah warga asing yang ada dokumen akan masuk ke negara melalui lapangan terbang. Kemudian dia akan uruskan apa juga cara dengan sindiket ini termasuk memberi rasuah dan sebagainya.

“Bila sudah masuk, dia (suspek) tidak akan keluar sehingga mereka tertangkap,” katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Endurance Piala Ketua Polis Negara 2017, di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia (UPM), pada sabtu lapor Sinar Harian.

Tambahnya lagi, hasil daripada itu, pasukan risikan polis mengenal pasti beberapa rakyat Bangladesh terlibat dengan kolaborasi sindiket di negara mereka dan di Malaysia.

Katanya, sindiket di sana (Bangladesh) bertanggungjawab mengumpul rakyat mereka untuk dibawa masuk ke dalam negara, manakala sindiket di sini memudahkan mereka masuk.

“Ada tiga rangkaian atau golongan iaitu pengumpul, pemudah cara dan penerima. Kita akan teruskan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

Ketika ditanya berhubung tangkapan, Noor Rashid tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan baharu.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan dua kakitangan Jabatan Imigresen yang bertugas di bahagian pemeriksaan jabatan itu di KLIA ditahan untuk siasatan lanjut berhubung sindiket berkenaan setakat ini.

Difahamkan Sindiket itu yang didalangi warga Bangladesh dipercayai memperoleh RM5.2 juta setahun, hasil daripada aktiviti menyeludup rakan senegara melalui KLIA.

Malah kumpulan itu dikatakan mengenakan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap seorang kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen dan pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");