Isu Panas

Politik DAP Umpama ‘Bertelur Sebiji, Riuh Sekampung’

KENINGAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menyifatkan pendekatan politik DAP di kawasan pedalaman Sabah, umpama ‘bertelur sebiji, riuh sekampung’.

Presiden Parti Bersatu Rakyat (PBRS) itu berkata, walaupun hanya melaksanakan projek kecil, DAP mencanangkan seolah-olah sudah membina projek mega yang boleh mengatasi masalah rakyat secara keseluruhan.

“… ini pembohongan dan rakyat seharusnya tidak terpengaruh,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis Lawatan dan Gotong-Royong Baik Pulih Rumah di Kampung Panagatan Laut dan Ulu lapor Bernama.

Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan, berkata apa dilaksanakan pemimpin DAP itu tidak ikhlas, bersifat sementara dan bertujuan memerangkap serta memesongkan fikiran rakyat untuk tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata dakwaan kononnya kerajaan BN hanya berpeluk tubuh dan tidak melakukan apa-apa, termasuk untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan pedalaman, adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai contoh, katanya kerajaan mengenal pasti dan membangunkan sumber air graviti di Sungai Mayor dekat Sook yang menelan belanja kira-kira RM380,000 untuk memberi kemudahan bekalan air graviti kepada lima kampung di pesisir Transpegalan melibatkan Kampung Sodomon, Panoi, Mailo, Marasak dan Marapok.

Katanya kerajaan BN mempunyai kaedah terbaik dan selamat dalam aspek penyediaan bekalan air graviti untuk memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka panjang.

Kurup berkata dakwaan DAP bahawa parti itu berjaya mengatasi kemelut air untuk kira-kira 1,000 penduduk Kampung Magatang, melalui sumber mata air sama sekali tidak masuk akal.

“DAP perlu tahu mata air yang dijadikan sumber bekalan graviti itu tidak kekal, tidak mampu menampung keperluan 1,000 pengguna selain tidak selamat untuk digunakan,” katanya.

Justeru, Kurup mengajak rakyat, khususnya pengundi di kawasan Transpegalan supaya bersatu menolak pembangkang, yang beliau sifatkan bijak memutar-belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat di kawasan berkenaan.

Mengenai program lawatan itu, beliau berkata kerajaan BN memperuntukkan RM1 juta untuk membiayai projek baik pulih 100 rumah di kawasan Parlimen Pensiangan.

Program baik pulih rumah di kawasan Parlimen Pensiangan itu diselaraskan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dengan perbelanjaan RM10,000 bagi setiap rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");