Panasnya Hari Ini

PRU14: Perak Bakal Tempuh Laluan Sukar Atau Mudah?

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Perak yakin Barisan Nasional mampu mengekalkan kemenangan di Perak bagi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun jelas beliau, kenyataan itu tidak membawa makna bahawa UMNO berada di zon selesa sebaliknya perlu terus aggresif dalam melakukan gerak kerja.

Setiausahanya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata, dengan kepimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang tidak putus-putus menggesa anggota parti supaya turun ke akar umbi dilihat mampu membuka rakyat bahawa parti itu adalah yang terbaik.

“Bagi saya, Perak bukan berada di zon yang sukar namun dalam masa yang sama kita tidak boleh terlalu selesa sebab memang dijangkakan PRU kali ini akan lebih sengit berbanding yang terdahulu.

“Kita akan lebih berhati-hati dan jentera-jentera UMNO telah ada rancangan yang lebih terperinci bagi memastikan kemenangan itu kekal milik BN.

Ditanya mengenai sikap agresif Pemuda UMNO Perak dalam membangkitkan isu-isu nasional, menurut Iqbal anggota sayap parti itu sememangnya perlu berani menyuarakan pendapat dan pegangan dalam isu-isu tertentu terutama yang boleh memudaratkan parti.

Bagaimanapun jelas beliau, sikap berkenaan hanya sia-sia jika ia tidak diseiringkan dengan gerak kerja yang padu dan agresif dalam memastikan nasib dan suara rakyat terus didengar kepimpinan tertinggi parti.

“Kita kerap membuat kenyataan dalam isu-isu besar kerana kita berpegang kepada prinsip anak muda perlu berani mempertahankan parti namun jika hanya sibuk membuat kenyataan dan malas turun padang maka tidak ada gunanya juga.

“Bagi saya, kita lebih agresif dari gerak kerja sebenarnya cuma ia tidak disiarkan di akhbar-akhbar,” katanya ketika ditemui Peraktoday.com disini, hari ini.

Seiring dengan Pemuda, bagi Puteri UMNO pula menganggap gerak kerja jentera yang mantap di negeri itu adalah hasil usaha pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang tidak putus-putus menggesa agar setiap anggota supaya turun ke pakar umbi.

Ketua Penerangan Puteri UMNO Perak, Jamilah Zakaria menyatakan bahawa rakyat Perak amat beruntung kerana memiliki Menteri Besar yang bekerja keras dan sering turun padang bagi mendengar sendiri denyut nadi rakyat.

“Bukan mudah untuk seseorang wakil rakyat itu mempunyai nilai ‘Likeable’ atau disukai rakyat dan di Perak kita ada, iaitu Datuk Seri Zambry yang semua orang tahu betapa sayangnya rakyat terhadap beliau.

“Bagi Puteri, MB Perak berjaya meletakkan diri beliau dikalangan masyarakat dan disebabkan itu malulah jika kita diperingkat sayap masih nak malas-malas turun padang.,” katanya.

Jelas beliau lagi, gerak kerja yang digunakan Zambry begitu rapi dimana ia melibatkan rakyat disetiap peringkat dan golongan dan sekiranya Puteri tidak bersama-sama membantu UMNO Perak maka segala apa yang dirancang akan terjejas.

Atas sebab itu katanya, kedudukan BN di Perak dilihat lebih kukuh dan masih ada peluang untuk terus dipimpin oleh Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");