Membawang Hari Ini

Rasa Blackout Sekejap

PELAKON berbadan sasa, Norman Hakim terkejut dan cemas selepas mendapat berita mengenai tahap kesihatan bapanya, Zaidon Abdul Rahim.

Sebelum itu, difahamkan Norman dan isterinya, Memey Suhaiza serta anak-anaknya sedang bercuti di Johor Bahru.

Pengumuman itu dibuat melalui akaun Instagramnya (IG), kira-kira lapan jam lalu.

“Rushed back from Johor Bahru to Kuantan.Dapat call dari mak dan update dari family’s whatsapps group di Kuantan yang heart ayah weak, currently under observation kat CCU.

“Rasa ‘blackout’ kejap masa dapat tahu tu, emotionally dropped in the first 30 second, then back to reality terus suruh wifey pack barang-barang, tarik anak-anak semua keluar dari pool, checkout, start enjin dan pecut,” tulisnya.

Secara tidak langsung, katanya, peristiwa itu turut menguji kasih sayangnya terhadap keluarga tercinta.

“Semua orang dalam dunia sayang ayah mak masing-masing, tapi bila jadi perkara macam ini baru kita tahu berapa ‘dalamnya’ sayang itu,” luahnya.

Bagaimanapun, selebriti berusia 41 tahun ini bersyukur apabila keadaan bapanya semakin baik.

“Alhamdulillah masa sampai tadi ayah dah back to stable condition.

“Mohon kawan-kawan saya yang baik hati dan budiman untuk sama-sama doakan kekuatan dan kesembuhan untuk hero handsome kita Haji Zaidon Haji Abdul Rahim. Syafakallah Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.

Malah, rata-rata peminat dan pengikutnya di IG turut mendoakan kesejahteraan bapanya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");