Berita Hari Ini

Resolusi Malaysia Tangkis Ekstremisme Diterima Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mencatat sejarah di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang membawa resolusi menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikalisasi, diterima dalam Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan GMM (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berkata penerimaan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar terhadap Malaysia kerana mesej kesederhanaan yang diperjuangkan berjaya mendapat keyakinan di peringkat dunia.

“Bukan mudah meyakinkan masyarakat antarabangsa tentang inisiatif tersebut, tetapi melalui ‘track record’ Malaysia yang dikenali sebagai negara dan masyarakat yang mengamalkan kesederhanaan, toleransi serta saling hormat-menghormati, inisiatif itu nyata diyakini negara anggota PBB,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Menurutnya, resolusi yang dibawa itu telah diterima melalui undian oleh 135 negara anggota PBB kecuali Amerika Syarikat dan Israel yang telah menentang serta tiada negara yang berkecuali.

Resolusi tersebut dibentangkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York, Datuk Seri Mohd Shahrul Ikram Yaakob pada September lepas.

GMM merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sesi ke-65 UNGA pada 2010 dalam usaha menggerakkan pendekatan kesederhanaan.

Antara isi kandungan resolusi itu adalah pengumuman tahun 2019 selaku Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha menggerakkan gelombang suara kesederhanaan menerusi promosi dialog, nilai toleransi, dan usaha ke arah kerjasama yang lebih erat di kalangan masyarakat antarabangsa.

Resolusi yang juga sebagai agenda mempromosikan kesederhanaan sebagai suatu nilai yang membawa kepada keamanan dan keselamatan itu turut memanggil komuniti antarabangsa untuk mendukung dan mengiktiraf GMM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");