Membawang Hari Ini

‘Review’ Mainan Jer, Ryan Dah Jadi Jutawan

Ketika kebanyakan kanak-kanak berumur enam tahun sibuk bermain dan menonton kartun, seorang kanak-kanak tadika dikenali sebagai Ryan sudah bergelar jutawan.

Meraih pendapatan jutaan ringgit hanya dengan membuat ulasan barang-barang mainan menerusi saluran YouTube, kini wang simpanan di dalam akaun banknya telah bertambah sebanyak £8.2 juta setahun.

Menerusi saluran diberi nama Ryan ToysReview, bintang cilik berasal dari Amerika Syarikat ini diiktiraf oleh Forbes sebagai salah satu bintang YouTube yang memperoleh bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2017.

Ryan, 6, berada di kedudukan kelapan dalam senarai YouTuber Terkaya. Dia meraih USD11 juta (kira-kira RM4,486,316) setahun – lebih daripada $AUD14.6 juta – hanya dengan membuka dan mengkaji semula mainan baru.

Salurannya dilancarkan pada bulan Mac 2015 ketika Ryan berusia 3 tahun dan dia kini mempunyai lebih daripada 10 juta pengikut.

Ibu Ryan, Loann berhenti bekerja sebagai guru sains sekolah menengah bagi memberi tumpuan sepenuh masa kepada saluran YouTube Ryan.

Dalam temu bual bersama TubeFilter, ibu Ryan menjelaskan bagaimana fenomena itu bermula.

“Ryan menonton banyak saluran mainan – beberapa kegemarannya adalah EvanTubeHD dan Hulyan Maya – kerana mereka selalu membuat banyak video mengenai Thomas the Tank Engine, dan Ryan menjadi serba tahu mengenai Thomas.

“Suatu hari, dia bertanya kepada saya, ‘Kenapa saya tidak ada di YouTube sedangkan kanak-kanak lain ada?’ Jadi kami membuat keputusan – ya, kita boleh buat itu.

“Kemudian, kami membawanya ke kedai untuk mendapatkan mainannya yang pertama – ia adalah satu set kereta Lego – dan semuanya bermula dari situ,” kata Loann.

Saluran Ryan memaparkan video dia mengkaji permainan Surprise Egg Giant sekaligus mencetuskan fenomena. Sejak itu, dia telah membuat banyak ulasan harian mengenai mainan dan makanan baru untuk kanak-kanak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");