Perak Hari Ini

Sampah Haram: MBI Keluar Lebih 2,000 Kompaun

IPOH: Sejak Januari sehingga 16 Disember ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), telah mengeluarkan 2,405 kompaun yang berjumlah RM507,400 bagi kesalahan pembuangan sampah haram.

Pengarah Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan MBI, Mohd Alias Kamaruddin berkata, MBI telah melaksanakan 16 ribu kali pembersihan, sepanjang tahun yang mana melibatkan 6,735 tan sampah haram yang dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, masalah ini datangnya daripada sikap mereka yang tidak memetingkan kebersihan keadaan persekitaran yang dilihat sukar dibendung,  walaupun sebanyak 814 papan tanda larangan membuang sampah telah diletakkan disekitar bandaraya.

“Kesedaran segelintir orang awam khususnya dalam masalah sampah haram ini masih lagi kurang.

“Selepas kita bersihkan, mereka buang kembali sampah mereka di tempat yang tidak sepatutnya.

“Apa yang kita boleh lakukan ialah, kita akan kerapkan lagi aktiviti rondaan oleh pasukan kita yang mana mereka akan menyasarkan ‘kawasan-kawasan panas sampah haram’, hasil daripada penelitian dan kajian kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada program kempen bersempena Perak Yang Bersih peringkat MBI, di Taman Merdeka, dekat sini, pada Jumaat.

Program tersebut turut mensasarkan beberapa aktiviti seperti,  pembersihan sampah sampah-sampah haram  dan mencantas ranting-ranting pokok yang perlu, di sekitar Taman Pari dan Taman Merdeka, dekat sini.

 

Selain itu, kira-kira 300 gegantung dan iklan haram pinjaman tidak berlesen turut diturunkan.

Program kali kesembilan penganjuran ini dijayakan kira-kira 80 ke 100 orang petugas dan anggota, yang terdiri daripada Jabatan Landskap, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan MBI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");