Sukan Hari Ini

Sasaran Awal Kutipan 93 Emas Di Sukan SEA 2019

Lebih kurang 34 sukan yang melibatkan kekuatan atlet Malaysia menjurus kepada sasaran awal kutipan sebanyak 96 pingat emas dalam Sukan SEA 2019.

Pemangku Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin, menjelaskan bahawa sasaran itu merujuk kepada pelan sama yang telah dibuat pada 2015 dalam menyasarkan jumlah kutipan emas temasya KL2017.

“Melalui sasaran yang dibuat pada 2015, kami berjaya melepasi sasaran itu dengan cemerlang. Proses yang sama akan dibuat dalam program Sukan SEA 2019.

“Kami mengandaikan sebanyak 93 hingga 96 pingat emas boleh dimenangi (Malaysia) berdasarkan andaian awal sukan-sukan yang akan dipertandingkan. Pungutan emas itu akan meletakkan kita dalam kalangan tiga negara terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, program baru MSN akan bermula pada awal tahun depan, namun senarai awal sukan yang akan dipertandingkan di Filipina masih belum diumumkan pihak tuan rumah.

“Sepatutnya, senarai sukan-sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 sudah diumumkan pada November, namun besar kemungkinan senarai tersebut akan dikeluarkan pada Februari 2018.

“Daripada situ, kami akan merangka program berdasarkan sukan-sukan yang dicadangkan tuan rumah.”

Nama program baru MSN itu akan diputuskan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

– Stadium Astro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");