Isu Panas

Saya Guna Kerjaya Politik Semaksimumnya Bantu Rakyat – Kurup

SOOK: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau akan terus menggunakan kerjaya politiknya semaksimum mungkin untuk memberi perkhidmatan terbaik membangunkan taraf hidup rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan.

Kurup berkata, sepanjang menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu, banyak pembangunan yang beliau ikhtiarkan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat di situ.

Sebagai contoh katanya, jalan raya berturap sejauh 65 kilometer berharga RM105 juta yang menghubungkan Keningau-Nabawan-Sepulut dan Keningau Sinua telah mengubah landskap kehidupan rakyat kawasan itu.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga membina sebuah klinik kesihatan bertaraf hospital di Nabawan selain sebuah kompleks sukan yang dilengkapi trek larian untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli sukan di luar bandar,” katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Bantuan Tangki Air kepada penduduk Kampung Penggeridan Tulid di sini pada Sabtu lapor Bernama.

Kurup berkata kerajaan BN turut memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk membiayai projek pembaikan 100 rumah di seluruh kawasan Parlimen Pensiangan yang dilaksanakan secara gotong-royong.

“Inilah keikhlasan kerajaan BN dalam usaha membantu rakyat untuk meningkat taraf hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengingatkan rakyat supaya mengelak terjebak dengan isu-isu politik perkauman yang dibawa pembangkang kerana ia boleh memecahkan hubungan kaum serta mengancam perpaduan.

“… Ia (politik perkauman) boleh menjadi satu tragedi besar yang memecahbelahkan kaum sekiranya tidak dibendung…kita bertanggungjawab untuk menghentikan semua ini,” katanya.

Sementara itu penerima bantuan tangki air di kampung berkenaan menyifatkan bantuan itu sebagai sangat bermakna ketika penduduk sedang berhadapan kesukaran memperoleh air bersih.

“BN memberikan nafas baharu kepada kami,” kata ketua kampung itu Mahmud Moggong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");