Jenayah

Seorang Maut Gara-Gara Gajah ‘Terkejut’ Ekornya Ditarik

CHON BURI: Sebuah pusat pelancongan yang menawarkan pengalaman menunggang gajah di Thailand digantung operasi, manakala pemilik dan pengendali haiwan itu didakwa kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian.

Dalam insiden tersebut, seekor gajah telah menyebabkan seorang pemandu pelancong warga China maut manakala dua pelancong lagi cedera, lapor Bangkok Post.

Gajah berusia 17 tahun bernama Plai Uthen itu, dilaporkan merempuh dan menyerang khalayak ramai selepas seorang pelancong menyentap serta menarik ekornya.

Prasert Thawe-apiradeeboonsueb, pemilik kem gajah Sam Liam Thong Kham di wilayah Bang Lamung, bersama pengendali gajah Au Bamrung, ditahan di balai polis Huat Yai memetik sumber agensi laporan Astro Awani.

Mereka bagaimanapun dilepaskan selepas disoal siasat.

Pengurus kem berkenaan, Rangsan Panawatanakul, pada Jumaat memberitahu perkhidmatan tunggangan gajah itu ditutup sementara bagi menyiapkan pagar sebagai usaha mengelakkan pengunjung berlegar di kawasan yang tidak sepatutnya.

Dia juga berkata, pihaknya akan menanggung kos rawatan dua pelancong yang cedera, sementara wang pampasan tambahan ditawarkan kepada keluarga mangsa korban, selain daripada bayaran insurans bernilai 1 juta Baht.

Rangsan sempat memberitahu, jika pelancong tidak mengganggu gajah tersebut, haiwan itu tidak akan menyerang. Tambahnya, insiden seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berikutan kejadian itu, Plai Uthen juga tidak lagi dibenarkan untuk menjadi tunggangan pelancong di kem tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");