Perak Hari Ini

Sidang Dewan Belia Perak:Lulus 7 Usul, Perwakilan Tunjuk Peningkatan Tak Dijangka

IPOH: Persidangan kedua Dewan Belia Perak yang berlangsung selama dua hari telah meluluskan tujuh usul yang dibentangkan oleh para perwakilan di sini hari ini.

Tujuh usul tersebut diluluskan selepas ahli perwakilan Dewan Belia seluruh negeri Perak tampil membahaskan usul tersebut pada sesi perbahasan dan pergulungan tersebut.

Speaker Dewan Belia Perak, Salbiah Mohamed berkata tujuh usul tersebut akan dibawa ke peringkat seterusnya untuk dibuat penilaian dan diambil tindakan pihak Kerajaan Negeri.

Malah jelasnya lontaran idea dari Ahli Dewan Belia telah bertambah baik malahan melangkaui dari apa yang dijangka.

“Platform ini berjaya membentuk kepimpinan mereka sebagai anak muda yang berani memberi pandangan serta suara belia,” katanya kepada pemberita di Persidangan Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Tambah Salbiah, terdapat beberapa usul m

Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman

enarik dan relevan yang diketengahkan oleh Ahli Dewan Belia sememangnya isu yang berlaku ketika ini.

“Antara topik menarik yang dibentangkan dalam Dewan Belia kali ini termasuk isu Bahasa Melayu yang semakin meruncing, keusahawanan serta Food Truck.

“Perwakilan belia Perak bukan sekadar retorik dan usul yang dibawa selama dua hari ini akan dilaksanakan mengikut kesesuaian di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan,”katanya.

Sementara itu Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman berkata, terdapat peningkatan mendadak dalam pembentangan dan kematangan Ahli Dewan Belia, di samping mereka mengangkat aspirasi anak muda yang mahukan suara mereka didengari.

“Bagi mereka yang akan menamatkan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Belia tahun ini saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga mereka teruskan perjuangan selain beri bimbingan kepada ahli baru di tahun hadapan,”katanya.

 

Malah bagi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Aznel Ibrahim berikutan pembentangan usul berkaitan

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Aznel Ibrahim

“Membangunkan Secara Inklusif Bidang Agro Pelancongan dan Perniagaan Food Truck membuktikan golongan belia turut berminat dengan industri keusahawanan.

“Kerajaan diharapkan dapat memberikan peluang, pinjaman atau geran perniagaan kepada lebih ramai golongan belia di negeri ini yang begitu berminat terhadap bidang tersebut terutama food truck,” katanya.

Terdahulu tujuh usul dibentangkan iaitu “Membangunkan Secara Inklusif Bidang Agro Pelancongan dan Perniagaan Food Truck di Negeri Perak”, “Pemerkasaan Penyertaan Digital Wanita ke Arah Pembangunan Masyarakat Digital Yang Cemerlang” dan “Memperkasa Identiti Belia Perak: Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni Warisan dan Budaya” dan “Bahasa Melayu Kejatidirian Bangsa Malaysia: Memperkasakan Melalui PBT”.

Selain itu, turut dibentangkan ialah usul yang bertajuk “Kesedaran dan Mendidik Rakyat Dalam Industri Revolusi 4.0 Seiring Dengan Matlamat Malaysia Pada Tahun 2020 Untuk Menguasai Industri Di Asia”, “Perak Negeri Bersih 2025: Ke Arah Pengurusan Efektif dan Penyelesaian Inklusif” serta “Mendidik Dalam Menghukum Ke Arah Sifar Buli Di Sekolah”.

Kesemua tujuh usul itu telah dibentangkan oleh setiap perwakilan yang mewakili tujuh jawatankuasa khas.

Jawatankuasa terlibat ialah Jawatankuasa Ekonomi, Usahawan Pelancongan dan Pengantarabangsaan; Jawatankuasa Sosial, Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita; Jawatankuasa Pendidikan, Kerjaya, Sukan, Kebudayaan dan Kesenian dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional.

Selain itu, Jawatankuasa Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia; Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");