Perak Hari Ini

Soal Keselamatan, Ahli Politik Jangan Memandai-Mandai

MANJUNG:Ahli politik disaran supaya menghormati tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan negara ini dan tidak sewenangnya melemparkan dakwaan tidak berasas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian bagi mengulas tweet yang dimuatnaik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan dengan satu latihan dan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam berdepan cabaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berlangsung di beberapa kawasan di Ipoh sejak semalam.

Jelasnya, dakwaan Nizar yang mempersoalkan tindakan itu disifatkan terdesak dan merupakan satu kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ahli politik.

“Saya rasa mereka yang terdesak, kenyataan pihak Polis memaklumkan tentang persiapan awal yang perlu dilakukan dan menjadi peranan pihak keselamatan bagi memastikan kelancaran apabila pilihan raya kelak.

“Hal bertujuan keselamatan boleh dibuat mainan mereka, mengambil mudah dan segala-galanya dirasakan segala tindakan bagi mereka mempunyai agenda tersendiri,” katanya.

Beliau turut menegaskan hal berkaitan keselamatan tidak sepatutnya dipermainkan dan tidak boleh menerima kenyataan yang dilemparkan oleh bekas menteri besar Perak itu.

“Saya nasihatkan mereka jika berkaitan hal keselamatan orang politik jangan memandai-mandai tetapi kita perlu menghormati pihak keselamatan kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kita ahli politik jangan mudah ingin mentafsir segala-galanya termasuklah berkaitan dengan latihan yang dibuat oleh pihak Polis juga tentera dan keadaan akan jadi huru-hara segalanya diletakkan tangan ahli politik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");