Berita Hari Ini

Sultan Kedah Terima Darjah Kebesaran Perak

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak (DK).

Penganugerahan terbabit dikurniakan oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa di Istana Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, tadi sumber dari Berita Harian.

Penganugerahan itu adalah bersempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-61 pada bulan lalu.

Selepas istiadat mempersembahkan darjah berkenaan, Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang memimpin bacaan doa diikuti sesi pertukaran cendera kenangan.

Berangkat sama, Raja Muda Kedah,Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Yang turut hadir Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Ir Mohamad Othman Zainal Azim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.Sebaik selesai majlis penganugerahan, baginda berdua bersama Kerabat Diraja kedua-dua negeri berangkat ke Anjung Istana untuk sesi bergambar.

Selepas majlis santapan tengahari di Dewan Santapan Lama, baginda berdua berangkat pulang.

Terdahulu, Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah Ke-29 pada 12 September lalu turut dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 30 Oktober lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");