Jenayah

Suspek Mati Dalam Perjalanan Ke HTAR

SHAH ALAM: Seorang tahanan reman meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata terdahulu, mangsa berusia 29 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dari lokap berpusat Shah Alam bagi merekodkan keterangan atas satu kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di IPD Klang Selatan, kira-kira jam 11.15 pagi, mangsa mengadu sesak nafas, selain tidak makan serta muntah.

“Ambulans tiba pada jam 12.15 tengah hari dan ketika diperiksa, pegawai perubatan mendapati dia normal kerana boleh berbual seperti biasa.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada jam 12.40 tengah hari dan pihak hospital mengesahkan dia mati ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan, semalam memetik sumber dari Berita Harian.

Shamsul Amar berkata, bedah siasat dijalankan pada jam 6.45 petang tadi oleh enam pakar patologi, termasuk dua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan diketuai oleh Dr Nur Ayutimasery Abdullah.

“Punca kematian adalah akibat darah beku pada saluran darah dalam paru-paru, selain tiada kecederaan dikesan pada mangsa, ” katanya.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 385, 171 dan 392/395 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");