Perak Hari Ini

Tambang Bas Mungkin Naik Tahun Hadapan

IPOH: Kadar tambang bagi perkhidmatan bas sekolah pada sesi persekolahan yang bakal dibuka semula pada Januari tahun hadapan, dijangka mengalami peningkatan antara RM10 hingga ke RM20.

Presiden Gabungan Persatuan Penguasa Bas Sekolah Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata beliau tidak menolak kemungkinan ada pengusaha bas akan berbuat demikian susulan daripada peningkatan beberapa kos operasi termasuk alat ganti bas.

“Kita sedia maklum bahawa memandangkan kadar minyak yang tidak menentu, saya rasa akan berlaku kenaikan (kadar tambang).

“Bukan setakat itu, alat-alat ganti juga mengalami kenaikan harga dalam 50 ke 80 peratus.

“Bateri dahulu RM300 sekarang ada yang mencecah RM500 lebih,” katanya.

 

Selain itu, menurutnya hal ini berlaku berikutan dengan pengumuman daripada  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Januari 2015 yang mana meletakkan kadar pengiraan tambang ataupun kenaikan harga tambang kepada pengusaha itu sendiri.

Dalam pada itu, Mohd Rofik berkata beliau turut mengusulkan kepada kerajaan agar tempoh tamat bagi lesen bas, insurans, cukai jalan,  dan tempoh pemeriksaan puspakom diselaraskan seluruh negara.

“Saya mencadangkan ianya tamat serentak ataupun diselaraskan di mana ia hanya perlu diperbaharui setahun sekali.

“Hari ini, ada pengusaha yang ada insurans, tetapi tidak boleh membayar cukai jalan dek kerena tempoh pemeriksaan puspakom yang tamat.

“Ini secara tidak langusung memberi tekanan kepada mereka,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Ke-6, di Dewan  Serbaguna Taman Meru, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama,  Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun, Mohd Amin Johari.

Pada perkembangan sama, persatuan itu masih menunggu keputusan kerajaan terhadap cadangan mereka berkenaan penyeragaman kad subsidi minyak (diesel) sebanyak RM1 seperti yang diberikan kepada nelayan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");