Membawang Hari Ini

Tampil Seksi, Tasha Shila Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri

Gara-gara memuat naik gambar seksi di atas kapal, Tasha Shilla sekali lagi dihentam teruk hingga ada mendakwa beliau ingin mencari pubisiti murahan. Kecewa dengan tuduhan sebegitu, Tasha memberitahu beliau juga punya maruah dan harga diri dan hanya cuba menjadi diri sendiri.

“Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi”

“Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum”

Gambar tersebut dimuat naik menunjukkan Tasha memakai seluar pendek dan baju yang hanya menutup bahagian payudaranya ketika bercuti. Jelasnya, gambar itu dimuat naik ketika beliau bercuti bersama ibu dan adik beradiknya.

“Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa. Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand. Saya tidak boleh elak dikecam netizen,” katanya kepada Berita Harian Online(rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");