Perak Hari Ini

Tasik Cermin Simpan Keindahan Tersendiri

IPOH:Keindahannya seolah disembunyikan, hingga ramai daripada kita tidak mengetahui kewujudan sebuah tasik yang diberi nama ‘Tasik Cermin’ berhampiran Simpang Pulai di sini.

Namun,Tasik Cermin merupakan tasik yang indah tersembunyi dan mempunyai keunikan yang tersendiri dan tidak dinafikan ia antara satu tempat baru dikalangan pencinta alam semulajadi.

Air tasik cermin ini berwarna hijau dan berkilat seolah olah terlihat seperti cermin serta berkilauan.Ada ketikanya terdapat pantulan bayang gunung di sekeliling terhasil pada permukaan tasik tersebut.

Bagaimana Untuk Pergi Ke Tasik Cermin?

Lokasinya terletak kira-kira 5 kilometer daripada Tol Simpang Pulai dan untuk ke sana, dari Lebuhraya Utara-Selatan anda boleh keluar melalui Tol Simpang Pulai (Exit 137).

Selepas Tol tiba dipersimpangan lampu isyarat belok kanan dan ikuti jalan menghala ke Ipoh sejauh 4 kilometer sehingga berjumpa bangunan ACM Automative Corp (disebelah kanan) dan menyusuri jalan kecil berbatu sehingga ke kawasan kuari batu (yang masih beroperasi).

Untuk pengetahuan kawasan ini merupakan kawasan larangan kerana ia adalah tanah hak persendirian, namun sebarang kerugian dan kemalangan ditanggung sendiri malah pihak pemilik kawasan tidak akan bertanggungjawab. Anda dinasihati supaya berhati-hati dan tidak berniat melakukan perkara yang dilarang.

Laluan jalan yang berlopak-lopak agak menyukarkan untuk sampai ke tasik Cermin ini dan anda dinasihatkan memakai pakaian dan kasut yang bersesuaian kerana laluannya berbatu dan tidak rata (kasut bertumit tidak digalakkan langsung).

Anda perlu mendaki laluan berbatu hingga terjumpa kawasan landai berpasir dan seterusnya anda perlu terus berjalan ke hadapan sehingga menemui sebuah gua.

Anda juga perlu melalui sebuah gua unik tersebut sebelum sampai ke Tasik Cermin dan apabila tiba dihujung pintu gua anda sudah boleh nampak Tasiknya yang dikelilingi sepenuhnya bukit batu kapur, airnya yang menghijau bak cermin dengan panorama bukit dan hutan yang menenangkan jiwa.

Lokasi Bergambar Menarik!

Untuk bergambar dan melihat keunikan tasik tersebut, terdapat pelantar besi khas yang dibina yang membolehkan anda meninjau dan bergambar berlatarkan tasik ini.

Sambil bersantai anda pastinya teruja melihat kilauan cahaya yang timbul dari pancaran matahari terus ke permukaan air tasik.

Jadi untuk bergambar berlatarbelakangkan pemandangan serta keindahan alam sekitar ini antara lokasi yang dicadangkan buat anda!

Tapi perlulah bijak memilih waktu kerana apabila anda datang pada tengah hari cahaya terlalu terang dan gambar kurang menarik.

Namun anda juga dinasihatkan untuk datang secara berkumpulan kerana lokasi tasik sunyi dan terpencil jadi untuk tujuan keselamatan lebih baik tidak datang seorang diri.

Tasik Cermin Perlu Dipelihara

Keindahan ini tidak akan kekal jika kita manusia tidak menjaganya sebaik mungkin, hasil pemerhatian Peraktoday ke lokasi ini agak terkilan rasa melihat sampah sarap yang dibuang begitu sahaja di sekitar tepi tasik tersebut.

Tasik dicemari dengan sampah-sarap yang menyakitkan mata jadi orang ramai perlulah mengubah sikap dan menghargai keindahan diberikan tuhan ini.

Jika tidak dijaga dari sekarang nescaya keindahan ini akan lenyap tanpa kita sedari.

Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh, Perak, Malaysia
Coordinate: N4° 33.560? E101° 07.210?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");