Perak Hari Ini

Terus Banteras Samseng Jalanan, Rempit

TAIPING: Usaha membanteras samseng jalan atau rempit sentiasa diteruskan pihak berkuasa sehingga kini.

Terbaru pada kejadian awal pagi 17 Disember lalu,seorang pemandu ambulans menerima empat jahitan di bahagian kening selepas dibelasah sekumpulan mat rempit berdekatan Plaza Tol Kamunting arah utara.

Dipercayai mangsa dipukul gara-gara menegur sekumpulan remaja terbabit yang berlumba di lebuhraya PLUS dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pihak Polis terus melipatgandakan usaha bagi menangani masalah samseng jalan malah terbaru operasi Ops Samseng jalanan telah dijalankan awal pagi tadi di sini.

Kemeriahan Krismas seolah dicemari dengan adanya kegiatan perlumbaan haram di Taiping sekaligus menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid operasi pada jam satu hingga tiga pagi tadi turut disertai bersama sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Pihak Polis katanya mendapati lokasi bertempat di Jalan Kamunting-Taiping terdapat sekumpulan remaja berumur sekitar 15 hingga 22 tahun sedang asyik menunggang motorsikal secara berbahaya.

“Semasa operasi kita nampak beberapa motosikal ditunggang oleh suspek berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig zag dari lampu isyarat berhampiran pasar raya The Store hingga ke pusingan-U berhampiran dengan Masa Katering.

“Suspek telah beberapa kali melakukan pusingan perlumbaan dan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pasukan polis telah bertindak mengekori suspek tersebut sehingga dapat di tahan dan di bawa ke IPD Taiping untuk tindakan selanjutnya.

Seramai lima suspek yang merupakan pelajar dan penganggur antara yang ditahan menerusi operasi tersebut dan iasatan lanjut masih diteruskan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamakan seorang pelajar berusia 15 tahun antara lima penunggang yang ditahan dalam operasi itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");