Perak Hari Ini

Terus Pantau Jenayah Dadah Di Selama

SELAMA:Kes tangkapan melibatkan jenayah narkotik hampir 80 peratus berjaya mengurangkan kejadian jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, tangkapan adalah melibatkan sebanyak 284 orang pada tahun ini berbanding 227 orang tahun 2016.

Jelasnya, bagi kawasan yang menjadi tumpuan seperti Redang Panjang, Ijok, statistik menunjukkan tangkapan sebanyak 91 orang pada tahun ini berbanding 76 orang pada tahun 2016.

“Di samping itu, usaha pihak polis diterjemahkan melalui penurunan kadar jenayah indeks di daerah Selama iaitu sebanyak 48 peratus berbanding tahun 2016. Pada tahun ini, kadar jenayah indeks adalah sebanyak 19 kes iaitu berlaku penurunan sebanyak 20 kes berbanding tahun 2016 sebanyak 39 kes.

“Secara umumnya, jenayah di daerah ini kebiasaannya dilakukan oleh penagih-penagih dadah yang melibatkan kejadian curi motosikal dan kes pecah rumah.

“Terdapat juga kecurian-kecurian kecil seperti curi buah sawit dan pecah sarang burung turut berlaku,”katanya selepas

Beliau ditemui pada program Remaja Daerah Selama Benci Dadah Ketum dan Perarakan Maulidur Rasul antara kariah Masjid peringkat Dun Kubu Gajah anjuran Pusat Khidmat Masyrakat Adun Kubu Gajah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di Bagan Baharu Kubu Gajah di sini hari ini.

Turut hadir, Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias

Tegasnya lagi, penurunan kadar jenayah indeks di daerah ini tidak akan berjaya dicapai tanpa kerjasama dan maklumat daripada masyarakat serta sokongan jabatan kerajaan dan agensi yang berkaitan terutamanya sokongan penuh dari pemimpin setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");