Perak Hari Ini

Tiada Tolak Ansur Dalam Kes Kecurian Air: MB Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memandang serius terhadap sebarang kes kehilangan air terawat ataupun Air Tidak Berhasil (NRW) khususnya yang melibatkan industri dan sektor perkilangan yang besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, selain dilihat sebagai suatu tindakan yang menafikan hak orang lain dalam mendapatkan sumber air bersih, ia juga turut memberi kesan kepada sumber pendapatan Lembaga Air Perak (LAP).

Menurutnya, secara purata, LAP boleh mencapai kerugian sekitar RM100,000.

“LAP dengan kerjasama SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) sentiasa giat mengesan dan mengekang kes-kes kecurian air ini, yang mana kita memang tidak akan bertolak-ansur, walau apa jua keadaan sekali pun,” tegasnya.

Tambah beliau, masalah kehilangan air ini melibatkan industri perkilangan ais, pertanian, serta perladangan dan peternakan haram.

Katanya lagi, sehingga kini terdapat dua kes kecurian air yang telah di bawa ke mahkamah, dan terdapat juga beberapa kes yang sedang disiasat bagi tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, tindakan sedemikian juga bakal mengundang masalah tekanan air rendah di beberapa kawasan seluruh negeri.

“Kita berharap masyarakat setempat dapat menyalurkan maklumat berkenaan masalah tersebut kepada LAP untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat LAP di Bangunan LAP di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengurus Besar LAP, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");