Berita Hari Ini

Tidak Seperti KLCC, Menara Exchange 106 Dibina Tanpa ‘Korek’ Tabung Petronas

Dua menara baharu yang kini giat dibina, Exchange 106 dan Menara Warisan, tidak menggunakan dana Petronas sepertimana pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) yang membelanjakan RM1.8 bilion.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To berkata, Petronas kini mempunyai aset tunai sehingga RM129 bilion dan lebih daripada mampu untuk membina kedua-dua menara berkenaan.

“Kalau kerajaan mahu bina dan milik bangunan Exchange 106 tentutlah bukan hal yang sukar. Cuma arahkan Petronas keluarkan duit sahaja – seperti yang berlaku apabila membina KLCC.

“Tetapi kalau buat begini, tiada satu sen duit asing yang akan mengalir masuk ke Malaysia. Petronas juga berhak untuk menggunakan wang mereka untuk membangunkan “core business” tanpa diambil dan digunakan untuk tujuan yang tiada kaitan dengan mereka seperti dahulu,” ujarnya dipetik kenyataan.

Ujarnya, walaupun Menara Exchange 106 yang terletak di Tun Razak Exchange (TRX) dibina oleh pelabur asing daripada Indonesia, ianya bakal membawa pelbagai sumbangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Bangunan PNB 118 (Menara Warisan) yang jauh lebih tinggi dari Exchange 106 dan KLCC juga sedang rancak dibangunkan. Bangunan ini yang akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan di ASEAN ialah 100% milik Malaysia melalui PNB,” ujarnya lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, Exchange 106 masih dibina dan kini diketinggian 450 meter dan akan mencapai 492.3 meter setelah ianya siap dibina.

Walaupun Exchange 106 dan Menara Warisan akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, KLCC masih menjadi menara berkembar paling tinggi didunia.

Exchange 106 dibangunkan oleh Mulia Property Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Mulia Group dari Indonesia.

Pencakar langit 106 tingkat termasuk 8 tingkat bawah tanah ini dibangunkan dikawasan seluas tiga juta kaki persegi dijangka akan siap pertengahan 2018.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");