Berita Hari Ini

Tindakan Trump Gugat Kestabilan Dunia: GAM

KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel merupakan satu tindakan yang melanggar resolusi antarabangsa, kata Presiden Persatuan Generasi Anak Muda Malaysia (GAM), Fadli Juanas.

Naib Ketua Pemuda Kota Belud itu berkata tindakan tersebut juga boleh menggugat kestabilan dunia.

“Ini kerana dengan pengiktirafan yang dilakukan oleh Donald Trump sebegini akan melahirkan kecaman bukan sahaja daripada umat Islam di seluruh dunia tetapi juga daripada penganut agama Kristian.

“Donald Trump seolah-olah tidak mengambil kira langsung soal sensitiviti umat Islam di Palestin dan seluruh umat Islam di dunia.” katanya ketika ditemui Bernama di luar Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini lapor Bernama.

Justeru, Fadli berkata, GAM yang dianggotai naib-naib ketua Pemuda Umno Bahagian seluruh Malaysia, menentang sekeras-kerasnya tindakan Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Beliau turut menyarankan umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat supaya tanah Baitulmuqaddis sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");