Berita Hari Ini

Caj PSC Naik: Tony Fernandes Kesal Tiada Bantahan Secukupnya

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes kesal tiada bantahan secukupnya daripada industri penerbangan yang membantah langkah menaikkan caj perkhidmatan penumpang (PSC) ke atas penumpang menaiki penerbangan antarabangsa ke destinasi bukan Asean dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyemak semula PSC dan mulai bulan hadapan penumpang yang menggunakan KLIA2 perlu membayar PSC sebanyak RM73, sepertimana di lapangan terbang lain, meningkat daripada RM50.

“Perjalanan udara bukan lagi untuk orang kaya sahaja, tetapi juga untuk orang kebanyakan.

“Jadi Mavcom dan Malaysia Airports (MAHB) perlu sedar ada 2 jenis penumpang.

“Penumpang kos rendah di mana setiap sen memberi kesan besar dan penumpang perkhidmatan penuh,” katanya dalam wawancara The Star, seperti mana dilapokran Free Malaysia Today.

Tegasnya, kemudahan di lapangan terbang perlu setimpal dengan caj yang dikenakan.

“Kalau saya terbang dari KLIA2, dan saya bayar harga yang sama dengan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), saya rasa itu tidak adil. Penumpang saya perlu berjalan kaki ke pintu balai. Di KLIA, mereka naik tren. Itu perbezaan pertama,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada saiz ruang istirahat balai berlepas dan banyak lagi.

Mavcom berkata kadar PSC baharu itu hanya dikenakan ke atas tiket yang dikeluarkan dari 1 Januari 2018. Tiket yang dikeluarkan sebelum tarikh itu tidak akan dikenakan kadar baharu meskipun tarikh perjalanan pada atau selepas 1 Januari 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");