Panasnya Hari Ini

TPM Mahu Kedudukan Rasuah Malaysia Diperbaiki

Kedudukan Malaysia di tangga ke 55 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 berada di tahap yang membimbangkan dan perlu diperbaiki bagi memastikan negara berada pada tempat yang lebih baik..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap lapisan masyarakat perlu bersama-sama membantu SPRM dalam membanteras jenayah berkenaan dari terus berleluasa.

Katanya, kedudukan berkenaan ternyata telah mencalarkan kewibawaan dan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Soal kewibawaan Malaysia dan aspek berleluasanya gejala  rasuah sehingga menjadikan kita berada di tangga ke 55 dalam CPI adalah amat membimbangkan.

“Situasi rasuah dinegara kita, biarpun kita menyokong kerajaan, kita harus memperakukan bahawa kedudukan itu harus diturunkan.

Justeru tambah Zahid, segala usaha SPRM dalam mengurangkan kadar jenayah termasuk initiatif  Ikrar Bebas Rasuah (IBR) harus dipuji.

Katanya, perlaksanaan IBR tidak harus melibatkan agensi kerajaan semata sebaliknya turut dilakukan oleh badan-badan korporat dan agensi swasta.

“Saya yakin apa yang dilakukan oleh SPRM, dengan pelbagai aktiviti termasuk IBR adalah sesuatu yang baru dan harus mendapat sokongan rakyat.

“Kementerian-kementerian, jabatan dan agensi kerajaan telah melakukannya tetapi jangan lupa bahawa badan-badan korporat, pihak swasta harus juga berikrar agar membasmi rasuah,” katanya ketika merasmikan Millenials Empowerment Summit 2017 disini, hari ini.

Terdahulu, program yang membawa tajuk ‘Nation Against Corruption for Development, Peace and Security’ sebagai wadah perbincangan itu telah dianjurkan oleh Majlis Presiden Biro Pelajar Luar Negara (BPLN).

Turut hadir ke program berkenaan, Pengerusi BPLN, Datuk Seri Reezal Merican.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");