Berita Hari Ini

Tumpukan Bersatu, Ketepikan Soal Calon PRU14

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO Sabah perlu memberi perhatian terhadap seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu anggota parti itu bersatu dan tidak terlalu memikirkan soal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Yamani Hafez Musa berkata ini penting bagi memastikan tumpuan terarah sepenuhnya kepada persediaan menghadapi PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Pemilihan calon tidak seharusnya menjadi keutamaan, sebaliknya kita perlu berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN),” katanya ????? kepada Bernama, di sini.

Yamani berkata demikian selepas majilis perasmian persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Ahmad Zahid selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam ini.

Yamani turut meminta anggota Pemuda UMNO Sabah supaya mengelak sebarang bentuk percakaran sesama sendiri yang boleh menjejaskan kekuatan jentera pilihan raya.

“Jika ada pertelingkahan kita kena selesaikan awal kerana kita tidak mahu membazir masa bergaduh sesama sendiri dan akhirnya persiapan pilihan raya kita terjejas,” katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa Sabah akan terus menjadi kubu kuat BN. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");