Isu Panas

Tun M Pulangkan Dua Pingat Kebesaran Selangor

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan dua pingat yang dianugerahkan Istana Selangor, langkah yang dipercayai berkaitan kemarahan yang tercetus susulan kenyataannya mengenai bangsa Bugis.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terdahulu telah penerima dua pingat daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003.Salah satu daripadanya adalah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) (Kelas Pertama).

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Dr Rais Husin mengesahkan tindakan Dr Mahathir itu.

“Ya,” demikian jawapan beliau menerusi aplikasi WhatsApp memetik laporan Mstar Online.

Ditanya lagi kenapa keputusan untuk memulangkan anugerah itu dibuat, Dr Rais menjawab: Adalah sangat jelas.”

Dilaporkan Dr Mahathir memulangkan pingat itu pada Khamis. Ia diserahkan kepada pegawai kanan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen pihak istana berhubung tindakan Dr Mahathir itu masih tidak berjaya.

Dr Mahathir yang kini berusia 93 tahun dilaporkan berkata, perhimpunan Pakatan Harapan pada Oktober lalu bahawa rakyat Malaysia dipimpin perdana menteri berketurunan lanun Bugis.

Kenyataannya telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk Istana Johor dan komuniti Bugis di Indonesia.

Malahan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga murka atas kenyataan Dr Mahathir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");