Panasnya Hari Ini

Ukhwah Dikalangan Anggota Adalah Kekuatan UMNO- Dr Afa

Bekas Naib presiden Kelab Umno Luar Negara di Rusia, Dr Sharifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah menganggap ukhwah dikalangan kepimpinan dan anggota UMNO sentiasa dikagumi dimana ia dapat dilihat menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017)

Katanya, kemeriahan PAU 2017 membuktikan bahawa silaturrahim yang kuat antara kepimpinan dan anggota parti itu dimana ia sekaligus membuktikan bahawa UMNO sentiasa bersatu.

Ditanya mengenai penglibatan pelapis muda dalam PAU 2017, menurut Dr Afa, UMNO tidak mengenepikan pendapat dan suara hati golongan berkenaan sama ada dalam politik, isu semasa mahupun pembangunan Negara.

“Penglibatan pelapis-pelapis muda PAU 2017 menunjukkan UMNO sentiasa terbuka menerima pandangan dari pelbagai golongan dan peringkat umur.

“Saya pernah pulang ke Malaysia sebagai pewakilan Kelab UMNO Luar Negara  pada 2016 dan tahun ini saya sebagai alumnilah

“Setiap tahun perhimpunan agung umno memang sangat-sangat meriah dan tahun ini banyak usul-usul yang baru telah dipertengahkan terutama dari pelapis-pelapis muda,” katanya ketika ditemui Peraktoday disini, hari ini.

Ditanya mengenai trend golongan muda yang lebih mudah mempercayai maklumat-maklumat yang viral di media sosial, Dr Afa menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak patut berlaku.

Jelas beliau, golongan muda sepatutnya lebih arif dalam mencari maklumat yang sahih dan bukannya mempercayai apa sahaja yang diviralkan di media sosial.

“Zaman sekarang semua dari sosial media, dan yang lebih teruk begitu mudah orang mempercayainya.

“Bagi saya, apabila kita dapat apa-apa info dari media sosial pastikan kita dapat maklumat secara keseluruhannya.

“Jangan tengok dari sebelah pihak dan patutnya dapatkan maklumat di kedua-dua pihak supaya kita lebih faham tentang sesuatu isu,” katanya lagi.

Dr Afa terdahulu menjadi trend di PAU 2017 selepas dijemput sebagai Alumni Kelab Umno Luar Negara dan mengulas mengenai dakwaan terdapat bukan muhrim berkhalwat ketika perhimpunan parti itu berlangsung.

Beliau yang merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya dan Pakistan, Arab dan India pula di pihak bapa.

Katanya, status sebagai anak tunggal juga membuatkan dia sentiasa menjaga nama baik kedua ibu bapa sebelum membuat sesuatu agar tidak mencalarkan maruah keluarga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");